Bawa Jantung Dalam Beg Galas

SELWA Hussain, 39, kini meneruskan kehidupan ‘keduanya’ dengan menggalas jantung setiap hari selepas dia hampir maut akibat jantung tidak berfungsi kira-kira enam bulan lalu.

Menurut Daily Mail, berikutan itu, wanita Britain itu terpaksa menjalani pembedahan luar biasa menggantikan jantungnya dengan dengan jantung tiruan, petikMetro

Dia terlalu tenat untuk bergantung kepada pam sokongan bagi menggerakkan jantung dan ketika itu, tidak sesuai menjalani pembedahan pemindahan jantung menyebabkan suaminya, Al, bersetuju isterinya dipasang jantung tiruan.

Namun, pembedahan enam jam oleh pakar bedah Diana Garcia Saez dibantu ketua doktor pembedahan pemindahan organ, Andre Simon di Hospital Harefield, Cambridgeshire, itu memerlukan pam jantung berfungsi dari luar, bermakna dimasukkan ke dalam beg jika Selwa berjalan.

Selwa menjadi satu-satunya individu di Britain yang hidup dengan jantung tiruan bersama peralatan khas yang disambungkan ke dalam begnya.

Beg galas mengandungi jantung palsu yang perlu dibawa Selwa. – Foto Daily Mail
Beg itu mengandungi bateri seberat 6.8 kilogram, motor elektrik dan pam yang menyalurkan udara ke satu injap jantung tiruannya untuk mengepam darah ke seluruh badan.

“Saya tenat sebelum dan selepas pembedahan. Mengambil masa panjang untuk sihat dan pulang ke rumah,” kata ibu dua anak berusia lima tahun dan 18 bulan itu.

Selwa mempunyai dua set bateri untuk menghidupkan peralatannya dan diberi beg kedua sebagai gantian.

Suaminya perlu sentiasa bersamanya dan jika berlaku kecemasan, mereka hanya ada 90 saat untuk menyambungkan kepada unit ganti.

Jantung palsu berharga £86,000 (RM471,137) itu dihasilkan sebuah firma di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Simon, seorang lagi pesakit menggunakan jantung tiruan itu pada 2011 dan selepas dua tahun menanti, pesakit lelaki berusia 50 tahun itu menjalani pemindahan jantung dan masih hidup sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.