200 Cedera Akibat Bunga Api

MANILA – Seramai 200 orang termasuk seorang bayi berusia 11 bulan cedera akibat terkena bunga api dan mercun dalam sambutan tradisional tahun baru di Filipina.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, jumlah itu menurun sebanyak 77 peratus dalam insiden sama ketika sambutan tahun baru pada tahun sebelumnya.

“Secara relatifnya, kami berpuas hati – relatif kerana masih berlaku kecederaan tetapi puas hati memandangkan kecederaan berkaitan bunga api berkurangan,” katanya, petik MD

Menurutnya, arahan Presiden Rodrigo Duterte yang mahu pengunaan bunga api dihadkan ketika sambutan itu menyumbang kepada penurunan berkenaan.

“Saya merasakan matlamat utama ialah melarang sepenuhnya penggunaan bunga api bagi memastikan tiada lagi kecederaan berlaku,” jelasnya.

Duterte pada Jun lalu mengarahkan bunga api hanya boleh digunakan di kawasan yang mendapat kebenaran pihak berkuasa dan dikendalikan oleh individu berlesen serta terlatih.

Jurucakap Duterte, Harry Roque berkata, presiden mungkin mempertimbangkan arahan larangan bunga api sepenuhnya di seluruh negara.

Pada setiap tahun, beratus-ratus penduduk cedera akibat terkena bunga api atau mercun ketika sambutan ambang tahun baru di Filipina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.