2 Beradik Kongsi Tarikh Lahir Sama Kahwin Serentak

IPOH — Sepasang adik beradik di Perak bukan saja berkongsi tarikh lahir, malah melangsungkan perkahwinan pada hari sama.

Lee Pooi San dan Lee Pooi Yee menyertai 24 pasangan lain berkahwin dalam upacara di Persatuan Sukan Cina Chin Woo Ipoh, semalam, lapor MMO

Pooi San, 25 tahun, berkata dia dan adiknya sering menyambut hari lahir bersama tetapi tidak pernah merancang untuk berkahwin serentak.

“Kami tak rancang untuk ini. Semuanya datang serentak tetapi ia menjadikan hari ini lebih bermakna,” katanya.

Pooi Yee, 23 tahun, sepatutnya berkahwin 12 Disember lalu tetap beberapa masalah membuatkannya memilih tarikh sama dengan kakaknya.

Kebetulan kedua-dua adik beradik itu bukannya satu-satunya keluarga yang berkahwin pada majlis tersebut.

Pasangan Pooi Yee, Pang Khang Yong, 24, juga menyaksikan adiknya Pang Khang Huai berkahwin dengan pasangan masing-masing di tempat sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.