Video: Selepas Panjat ‘Ipoh’, Aksi Panjat Kren Pula Viral

IPOH – Selepas viral kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda ‘IPOH’ , satu lagi aksi berbahaya yang memaparkan seorang lelaki memanjat struktur tinggi di bandar raya itu menjadi viral.

 

Difahamkan, pemuda itu memanjat sebuah kren yang berada di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh.

 

Menurut laporan Utusan Online, rakaman video aksi itu dimuat naik di Youtube dan sudah mencacat lebih 7,000 tontonan pada tengah hari tadi.

 

Tambah laporan itu lagi, mereka difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah pun membuat laporan polis mengenai tindakan remaja itu di Balai Polis Sungai Senam pagi tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.