983 Mangsa Banjir Di Kelantan Berada Di Pusat Pemindahan

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan meningkat kepada 983 orang sehingga 9 pagi ini berbanding 943 orang, 12 tengah malam tadi.

 

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, semua 283 keluarga ditempatkan di 27 pusat pemindahan.

 

Setakat ini, Kuala Krai merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 483 orang, diikuti Tanah Merah (226), Pasir Mas (159), Machang (79) dan Jeli (36).

 

Dua sungai berada paras melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (16.9 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.19 m).

 

Sehingga kini dua jalan masih ditutup untuk kenderaan iaitu di Kilometer (KM) 6.6 Jalan Bukit Sireh-Kampung Bukit Sireh-Kampung Bedal-Kuala Nal, Kuala Krai dan KM 2.1 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh, Tanah Merah. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.