Kanak-Kanak Maut Telan Bateri

OKLAHOMA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat tertelan bateri kecil.

 

Briana Flores dilaporkan jatuh sakit sehari selepas membuka hadiah krismas di rumah datuknya pada Boxing Day (sehari selepas Krismas).

 

Kanak-kanak malang dari Oklahoma itu dikejarkan ke hospital selepas kulitnya bertukar biru-kebiruan dan muntah darah.

 

Datuknya, Kent Vice memberitahu Tulsa World pada Sabtu lalu, kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik.

 

“Ia adalah sambutan Hari Natal yang sempurna,” katanya, lapor Agensi.

 

Sementara itu, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak itu menelan bateri kecil bersaiz butang dan terus menghantar mangsa ke hospital lain untuk menjalani pembedahan.

 

“Mereka (doktor) buat pembedahan selama dua jam setengah, tetapi gagal menghentikan pendarahannya.

 

“Mereka percaya asid bateri itu memasuki arteri karotid (saluran darah) dan kemudiannya esofagus (saluran yang menghubungkan tekak dan perut). Kami juga tidak tahu bila dia menelan bateri itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.