VIDEO: Penduduk Panik, Ombak Besar Landa Pantai Labuan

Labuan – Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.

Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.

“Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini,” kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.

“Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.