QZ8501: Mereka Mati Syahid

Surabaya – 28 Disember lalu, dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 Surabaya-Singapura, yang telah terputus hubungan dengan menara kawalan.

Namun, pesawat tersebut telah disahkan terhempas di Selat Karimata, yang berkemungkinan besar tidak ada penumpang yang terselamat. Buat mangsa beragama Islam yang terkorban dalam insiden menyayat hati ini, mereka dianggap mati syahid, ujar Ketua Majlis Ulama Indonesia Jawa Timur Abdul Shomad Bachory.

Beliau telah mengimamkan solat jenazah ghaib, diikuti dengan ribuan jemaah di Masjid Agung Nasional Al Akbar, selesai solat Jumaat.

Solat jenazah ghaib dilakukan khas buat penumpang beragama Islam yang terkorban supaya dipermudahkan segala urusan.

Menurut Abdul Somad lagi,

“Kita mendoakan mereka ini diterima Allah dan masuk syurga kerana kita tidak boleh menghalang apa yang berlaku kerana ia adalah ketentuanNya.

“Saya berharap keluarga mangsa tabah kerana semua ini ada hikmahnya selain peringatan kepada kita untuk memperbaiki diri,” ujar beliau lagi.

Walaupun hingga kini tiada sebarang penemuan, atau berita mengenai insiden pesawat MH370 Kuala Lumpur-Beijing, namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengishtiarkan penumpang dan krew MH370 (Islam) adalah Syahid Akhirat.

Syahid Akhirat adalah golongan yang tidak akan melalui timbangan atau titian siratul mustakim, dimana akan terus dimasukkan ke dalam syurga.

Jenazah tidak perlu dimandikan kerana sudah dimandikan oleh para Malaikat.

Contoh Syahid Akhirat adalah :

1. Mati berperang kerana agama

2. Mati berperang mempertahankan negara.

3. Mati mempertahankan maruahnya (perempuan dirogol)

4. Mati dibunuh kerana menyelamatkan hartanya, seperti mati dirompak.

5. Mati semasa melakukan ibadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.