QZ8501: 22 Jasad Ditemui Sehingga Kini

Kuala Lumpur – Empat belas lagi jasad ditemui pada hari ke-enam operasi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501.

Sehingga kini, 22 jasad daripada 162 keseluruhan penumpang dan anak kapal pesawat itu ditemui sejak ia terhempas 28 Dis lalu.

Proses pemindahan jasad turut menggunakan helikopter USS Samson untuk dibawa ke Pangkalan Bun.

Jasad kemudian akan dibawa menaiki ambulan ke hospital untuk proses identifikasi mangsa nahas (DVI).

Dalam pada itu, di Surabaya, penduduk melakukan solat hajat serta mengutuskan doa kepada keluarga dan mangsa-mangsa terlibat.

Pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pada 5.35 pagi 28 Dis 2014 dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).

Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.