MLM2014: Ogy Punca Persembahan Jalor Hambar

Minggu kelapan 2014 dengan tema artis undangan pada minggu ini menyaksikan hanya lapan peserta berentap untuk berebut tempat ke pentas final dan seterusnya muncul juara MLM 2014.

Namun rata-rata menyifatkan persembahan Jalor agak mengecewakan dengan penampilan Ogy Ahmad Daud yang disifatkan sebagai punca utama ia menjadi hambar.

Ogy yang membawakan watak dari filem Azura dilihat gagal memberikan mutu persembahan yang diharapkan kerana lebih menonjol berbanding peserta utama.

Datuk Jalaluddin Hassan ketika memberikan komennya mengatakan persembahan Jalor malam tadi agak terganggu.

“Saya tak tahu (kumpulan Jalor) sedang (buat) apa, sedang acting atau dalam watak.

“Tiba-tiba jadi A. Galaklah jadi itulah dan benda-benda itu menggangu saya” ujarnya sebelum memberikan kumpulan Jalor, tiga bintang.

Tinjauan SuaraTV mendapati, ramai pengguna media sosial menyifatkan kehadiran Ogy bukan sahaja tidak membantu mewujudkan unsur lawak di dalam persembahan tersebut malah ada yang merasakan ia agak ‘over’.

“Tidak dinafikan Ogy, merupakan pelakon versatile namun kehadiran beliau malam ini over” ujar Zainal Abdul Majid di laman faceboknya.

Manakala menurut Suriati Junsi Albar, Ogy telah mencacatkan persembahan Jalor.

Seterusnya Zaini AB merasakan kumpulan Jalor mungkin akan disingkirkan pada minggu ini.

Nizam Cappunkz mengatakan ‘Jalor lawak dia kurang sikit..masuk ogy hilang trus lawaknya..spoilkan mood lawak la dia ni..over sgt..’.

Tiga kumpulan yang berada pada tangga terendah Jalor, SYJ dan Virus.

Namun juri Nur Fazura mengumumkan tiada kumpulan yang disinggirkan pada minggu ini.

MLM 2014 masih menggunakan khidmat empat juri tetap iaitu dua dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura.

Sistem penghakiman juga masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2014 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.