Terima Hakikat UMNO Parti Dominan Atau Game Over & No Deal – Shahril Hamdan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Hakikat bahawa UMNO merupakan parti dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan sebaliknya perlu diterima semua pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Shahril berkata, isu dominan memang mudah diucapkan oleh sesebuah parti yang melahirkan dua perdana menteri walaupun memiliki kerusi yang kecil di parlimen.

“Bagi UMNO jelas, apa pun formula akhir menjelang PRU ke-15, Umno mesti dominan. Jika tidak terima hakikat itu, game over (tamat) dan no deal (tiada persefahaman),” katanya.

Kata Shahril, kenyatannya itu bukanlah bermaksud UMNO sempurna dan telah menyelesaikan semua masalah, atau parti itu tidak memerlukan bantuan pihak lain hingga “perasan” boleh memenangi PRU dengan hanya sokongan ahli mereka semata-mata.

“Tidak,” katanya.

Tambahnya, meskipun ahli UMNO menghormati Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membantu kerajaan yang dipimpinnya, isu dominan akan timbul dan tetap timbul.

Justeru katanya tidak timbul istilah apologetik dalam kalangan ahli UMNO berkenaan hal itu.

“UMNO mesti dominan.

“Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU ke-15, pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi UMNO kekal UMNO,” katanya lagi.

Sebelum ini SUARA.TV melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bahawa sejak merdeka UMNO bukan hanya parti dominan Melayu tetapi merupakan parti dominan dalam BN yang dapat berfungsi dengan baik sebagai sebuah gabungan bersama MCA dan MIC.

Khaled dan Shahril mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dua hari lalu yang mendakwa tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan jika gabungan Bersatu, Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat