Tun M Puas Hati Prestasi Maszlee, Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR – Dalam kecaman yang diterima oleh dua menteri Pakatan Harapan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian sebaliknya.

Mengulas mengenai Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, Tun M yakin dan berpuas hati dengan kebolehan serta pencapaian mereka berdua.

“Ya, ya, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian mereka. Mereka sebenarnya sedang cuba sedaya upaya mereka,” katanya.

Malah beliau menambah tidak ada sebarang keperluan untuk beliau memberikan kuliah atau menyekolahkan mereka berhubung tanggungjawab masing-masing seperti saranan segelintir pihak.

“Tak ada kuliah. Bercakap sahaja dengan mereka. Saya bercakap dengan mereka. Itu sahaja, tidak perlu kuliah,” ujarnya ringkas.

Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin memberikan pandangan peribadi beliau terhadap prestasi Waytha dan Maszlee sambil menasihatkan kedua-dua menteri itu agar mendengar nasihat perdana menteri dengan lebih fokus.

Menulis di blognya, wartawan veteran itu mendakwa tindak-tanduk Waytha dalam peristiwa keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya beberapa hari lalu tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu itu juga menasihatkan Waytha agar tidak memalukan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.