Tiada Halangan MCA Keluar UMNO Untuk Kukuhkan Parti

GOMBAK – Umno tidak mempunyai halangan sekiranya MCA ingin keluar daripada BN bagi mengukuhkan parti mereka untuk meraih semula sokongan kaum Cina di negara ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan MCA yang tidak menjemput Umno dan MIC dalam perhimpunan agung parti itu berkemungkinan bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk membincangkan kedudukan mereka di dalam BN selepas ini.

“Mungkin MCA nak bebas (dalam perhimpunan agung) untuk buat keputusan sesama mereka berhubung kedudukan di dalam BN.

“Kita bersedia terima apa sahaja keputusan sebab kita mahukan kompenan kita kuat. Dan kalau itulah formula (keluar BN) yang dapat kuatkan MCA, silakan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan MCA tidak menjemput rakan komponen mereka iaitu Umno dan BN bagi bersama-sama mengikuti perhimpunan agung parti itu.

Mengulas lanjut, Ismail yang juga merupakan Pengerusi Umno Selangor memaklumkan bahawa sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN sebelum ini, kepimpinan Umno juga telah memberi pilihan kepada MCA berhubung perkara itu.

“Kita nyatakan bahawa Umno tiada halangan sekiranya MCA ingin keluar BN bagI mengukuhkan parti itu.

“Malah kepimpinan MCA yang bersama sewaktu mesyuarat itu turut menyatakan untuk menyerahkan perkara tersebut kepada perwakilan parti.

“Dan mungkin disebabkan itulah mereka tidak menjemput Umno dan MIC dalam perhimpunan agung tersebut,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.