Ranking Harimau Malaysia Naik Dua Anak Tangga, Kini Di Tempat Ke-167

KUALA LUMPUR – Ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menyaksikan sukad Harimau Malaya naik dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-167.

Peningkatan itu berikutan susulan prestasi cemerlang Harimau Malaya ketika membenam Myanmar 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018 bertemu Thailand, esok.

Anak buah Tan Cheng Hoe yang berada di kedudukan ke-169 bulan lalu, mengumpul sejumlah 984 mata untuk berada di belakang Filipina (114), Thailand (118), Myanmar (139), Indonesia (160) dan Singapura (165).

Ranking terkini yang diumumkan Fifa ini menyaksikan Harimau Malaya kekal di kedudukan ke-35 Asia.

Sementara itu, Belgium terus mengungguli kedudukan teratas 1,727 mata, diikuti juara Piala Dunia, Perancis di tempat kedua dengan mengumpul 1,726 mata.

Selain itu, Brazil dan Croatia pula mengekalkan kedudukan masing-masing di tempat ketiga dan keempat, manakala England menghuni tempat kelima dengan 1,631 mata.

Seterusnya, Portugal pula naik satu anak tangga, manakala Uruguay jatuh ke kedudukan ketujuh dikuti Switzerland (8), Sepanyol (9) dan Denmark mengekalkan kedudukan masing-masing. – MalaysiaGazette

One thought on “Ranking Harimau Malaysia Naik Dua Anak Tangga, Kini Di Tempat Ke-167

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.