Orang Lama Bersusah-payah, Jangan Terima Orang Luar Suka Hati

KUALA LUMPUR – Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak lupa dengan perjuangan menentang Barisan Nasional (BN) selama ini sehingga sangat terbuka terhadap penyertaan bekas ahli politik.

Bahkan katanya, masing-masing dalam parti itu perlu menjaga hati orang dalam gabungan itu yang setia walaupun tidak mendapat jawatan.

“Namun kita juga (perlu) memikirkan perjuangan ini mestilah atas nilai dan prinsip. Bukan kerana kita sudah menang, semua orang boleh sertai (PH).

“Tetapi kita mesti tengoklah, dulu kita (orang lama) berjuang, bersusah-payah. Kita juga memikirkan mereka, yang tak dapat apa-apa (jawatan) tentulah kita kena jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang sebilangan wakil rakyat dan pemimpin Umno yang menyertai Bersatu baru-baru ini.

Antaranya ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali dan empat senator iaitu Khairudin ES Abdul Samad, Aknan Ehtook, Suhaimi Abdullah dan Isa Abdul Hamid.

Sebelum ini seudah beberapa wakil rakyat menyertai parti itu, dengan yang paling menjadi perhatian adalah Anggota Parlimen Jeli Mustapa Mohamed.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.