MCA Akan Umum Kekal Atau Keluar BN Esok

KUALA LUMPUR – MCA akan memutuskan sekiranya ia akan kekal bersama dengan BN, atau meninggalkannya, atau mungkin mendesak agar pakatan itu dibubarkan sahaja; pada perhimpunan agung tahunannya esok, kata Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliu berkata, komuniti Cina berpandangan MCA harus meninggalkan BN walaupun MCA sebagai rakan pengasas kepada penubuhan pakatan BN sudah sekian lama mengharungi saat ‘susah-senang’ kewujudannya bersama dengan Umno dan MIC sejak negara mendapai kemerdekaan.

“Pada ketika BN dalam keadaan lemah susulah kekalahan teruk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lepas, persoalan kini adalah sama ada MCA harus meninggalkan BN, atau meminta agar BN dibubarkan selaras dengan kedudukan MCA sebagai angota pengasas kepada penubuhan BN. Ini adalah pilihan yang perlu diputuskan oleh anggota MCA untuk masa hadapannya,” katanya semasa berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya BN dibubarkan, parti-parti komponen pakatan itu akan bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk pakatan baru.

Berhubung Pakatan Harapan (PH), beliau berkata pakatan itu gagal  untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat, di mana menurutnya enam bulan selepas PRU-14 apabila DAP yang mendapat 95 peratus sokongan dari kaum Cina, sebaliknya menggunakan kuasanya selepas memenangi pilihan raya untuk menyerang MCA. – Bernama

One thought on “MCA Akan Umum Kekal Atau Keluar BN Esok

  • December 2, 2018 at 5:07 pm
    Permalink

    Mca..mic keluar sbb parti da rosak da?? Nk selamat keluar je..ibarat tk kenal parti rosak tu?? Kalau tnggu nama rosak juga..?? Tk sesuai tk relevan lagi da??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.