Kenaikan Cukai Lapangan Terbang Jejaskan Industri Pelancongan

KUALA LUMPUR – Kenaikan cukai lapangan terbang dan had beroperasi pusat hiburan akan memberi kesan kepada industri pelancongan, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau keadaan ini akan membantu menjatuhkan lagi industri pelancongan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada peluang pekerjaan yang dijangka bakal berkurangan.

“Semalam juga, persatuan MATTA yang mewakili industri pelancongan memberi amaran bahawa langkah kerajaan PH bulan lepas untuk naikkan cukai lapangan terbang tahun depan dan menghadkan masa operasi semua pusat hiburan akan memberi impak negatif besar kepada jumlah pelancong asing tahun depan. https://bit.ly/2zzQxYL

“Saya risau bukan untuk Melaka sahaja tetapi untuk seluruh negara kerana ini industri kedua terbesar untuk negara di mana 22.7% rakyat Malaysia ataupun 3.2 juta orang bergantung kepada industri ini untuk pekerjaan.

“Sumbangan industri ini amat besar kepada ekonomi negara.Apabila perniagaan merosot, sudah tentu akan ada yang bakal kehilangan pekerjaan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut amaran daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) agar cukai lapangan terbang tidak dinaikkan.

Najib turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan jumlah pelancongan asing pada lapan bulan
pertama dalam negara.

Kegagalan Pakatan Harapan mencapai sasaran Barisan Nasional (BN) sebelum ini iaitu 33.1 juta orang sebaliknya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menurunkan sasaran tahun ini kepada 26.4 juta orang.

“Ini kerana jumlah pelancong asing untuk 8 bulan pertama tahun ini bertukar kepada kejatuhan berbanding kenaikan untuk 3 bulan pertama.

“Antara satu sebab kejatuhan ini yang diberi oleh ahli-ahli industri pelancongan ialah hubungan diplomatik negara kita dengan mereka telah merosot.

“Sumbangan industri ini amat besar kepada ekonomi negara.Apabila perniagaan merosot, sudah tentu akan ada yang bakal kehilangan pekerjaan.,” katanya lagi.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.