Wanita Sanggup Jalani 50 Pembedahan Untuk Jadi Angelina Jolie

Seorang wanita bernama Sahar Tabar dari Iran mula tular di media sosial apabila dikatakan sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai wajah Angelina Jolie.

Menurut Sahar, dia begitu obses dengan Angelina Jolie dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik seperti idolanya itu.

Memetik Gempak, menerusi sebuah entri di Facebook, Rizal Hakim, telah berkongsi beberapa keping gambar Sahar sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

Rata-rata pengikut mengakui terkejut dengan perubahan yang terjadi dan menggelarkan Sahar sebagai zombie serta mengkritik tindakan luar kawalannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.