Reda Bermadu Dengan Izreen Azminda

KUALA LUMPUR: “Saya reda. Saya terima hakikat diri ini bermadu.”

Begitu luahan isteri pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid, Intan Liana Saleh, 32, yang kini menjadi madu kepada pelakon, Izreen Azminda.

“Saya dapat tahu suami kahwin lain pada 10 November lalu. Memang ketika itu, saya tak boleh terima berita berkenaan. Saya memang tak boleh berfikir panjang saat itu.

“Namun, selepas berbincang dengan suami termasuk mempertimbangkan soal anak dan keluarga, saya akur dan terima semuanya dengan lapang dada,” katanya yang dihubungi BH Online sebentar tadi.

Muhammad Radzi atau Ude berkahwin dengan Izreen di tempat yang dirahsiakan pada Ogos lalu.

Ketika ini, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, beliau tidak boleh hendak berkata apa-apa lagi.

“Saya tak boleh nak cakap apa lagi dah. Takut cakap lebih akan jadi salah pula. Ini nasib hidup saya yang tidak saya bayangkan terjadi,” katanya.

Intan bergelar isteri kepada pemuzik berkenaan sejak 1 Mac 2013.

Tambah beliau lagi, dengan apa yang terjadi, kasih sayang dan cintanya terhadap suami tidak pernah terhakis.

“Sehingga ke hari ini, sayang dan cinta saya pada suami tidak pudar sekalipun diperlakukan sebegini,” katanya.

Terdahulu, Ude mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Izreen dan kekal dengan perkahwinan pertama dengan Intan.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.