Nad Zainal Puas Dapat Beli Rumah Sendiri

KUALA LUMPUR: Berkat berjimat dan selalu memikirkan masa depan termasuk menceburi dunia perniagaan, Nad Zainal berbangga dapat membeli rumah selepas 10 tahun menceburi dunia seni.

Sejak beberapa bulan lalu, bintang yang pernah merangkul trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2014, ini akhirnya menetap di kediaman sendiri.

Ibu kepada Fahad Ibrahim berusia setahun ini kini menetap di sebuah kondominium di Taman Melawati, tidak jauh dari Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, akhirnya tercapai impian memiliki rumah sendiri. Selama ini, saya hanya menyewa rumah orang.

“Proses pembelian dibuat sejak awal tahun ini. Apabila dapat membeli dan mendiami rumah sendiri, rasanya lain. Walaupun hanya mampu membeli rumah pada usia 27 tahun, ia menjadi kebanggaan peribadi buat diri saya,” katanya kepada BH Online.

Teruja bercerita mengenai kediaman baharunya, Nad berkata, dia membuat sedikit pengubahsuaian sebelum berpindah.

“Jika ikutkan hati, saya mahu rumah pertama di atas tanah. Tapi tak mengapa, mana tahu selepas ini mungkin saya boleh beli rumah kedua pula.

“Alhamdulillah, rumah ini cukup selesa untuk kami tiga beranak dan boleh menjadi tempat berlindung,” katanya yang berganding dengan Johan As’ari dalam drama Jurnal Suraya siaran TV3.

Selain berlakon, Nad turut mengasaskan produk kecantikan sendiri atas jenama, Audella.

Kini bersama pasukan perniagaannya untuk produk baru penjagaan kulit, mereka rancak mengalu-alukan golongan pelajar universiti untuk menjana pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan modal di bawah kempen Pinktroopers. Berminat boleh ikuti Instagram: @audelabeauty_hq. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.