Model Maut Dibunuh Ketika Sedang Cari Kerja

Seorang model ditemui meninggal dunia di dalam semak dengan kesan kelar di leher ketika sedang mencari kerja di Jamaica.

Desiree Gibbon, 26, yang berasal dari New York, ditemui oleh penduduk tempatan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bermaya, beberapa batu dari Montego Bay.

Dia tiba di Jamaica pada bulan Oktober lalu dengan visa selama tiga bulan.

Polis mengenalpasti identiti Gibbon selepas menunjukkan gambarnya kepada pihak hotel di kawasan di mana dipercayai menetap.

Gibbon memang suka mengembara dan pernah berkhidmat di kem pembelajaran bahasa Inggeris semasa di Brazil.

Keluarganya kini sedang mengumpul dana bagi membawa pulang mayatnya ke Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.