Mercedes Pula Ancam Tarik Diri

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan bahawa tidak mustahil pasukannya akan mengikut jejak Ferrari untuk me­ninggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) sekiranya mereka melihat potensi sukan itu tidak lagi memberikan apa-apa manfaat.

Ferarri dan Mercedes memberikan maklum balas yang agak kritikal terhadap pelan induk perubahan enjin untuk musim 2021. Ferrari sebelum ini sudah menyatakan akan menarik diri sekiranya perubahan peraturan yang terlalu radikal dilakukan.

“Semua yang Sergio Marchionne (Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari) hujahkan mengenai pelan induk enjin 2021 perlu dipandang serius. F1 mesti kekal sebagai kejohanan perlumbaan yang terbaik dan memiliki teknologi tinggi.

“Menggunakan stan­dard yang bertujuan membantu pasukan kecil sehingga membataskan potensi pasukan besar bukan matlamat utama sukan ini. Kalau kita tak boleh kekalkan standard F1, apa bezanya kejohanan ini dengan sukan pemotoran lain,” kata­nya, lapor Kosmo.

Selain itu, Wolff turut mengkritik beberapa gimik baharu yang diper­kenalkan oleh penganjur seperti pengenalan setiap pelumba pada Grand Prix Amerika Syarikat.

“Perubahan seperti itu tidak menjadikan sukan ini lebih baik. Kami semakin kabur mengenai visi sukan ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.