Langgar Kereta Peronda

KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur sedang memburu seorang suspek lelaki yang melarikan diri dari kawasan parkir flat di Taman Medan di Petaling Jaya selepas meninggalkan keretanya yang dikejar polis dari Jalan Klang Lama, di sini, hari ini.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian kira-kira 4.25 pagi, peronda polis mengesan lelaki itu yang sedang memandu sebuah Proton Persona berwarna perak, dalam keadaan yang mencurigakan  di Jalan Klang Lama di sini.

“Anggota peronda meminta suspek menghentikan kenderaan namun lelaki berkenaan enggan dan terus memecut keretanya…anggota peronda terpaksa meminta bantuan tiga lagi kereta peronda untuk mengejar suspek,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan persiapan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini, lapor Bernama.

 Katanya, polis telah melepaskan tembakan dan suspek turut bertindak melanggar salah sebuah kereta peronda sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan parkir flat di Taman Medan, di sini dan melarikan diri.

Mazlan berkata Unit Forensik sedang melakukan pemeriksaan cap jari pada kenderaan yang ditinggalkan  suspek.

Polis masih memburu lelaki itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan.

Video berdurasi 50 saat yang memaparkan kejadian itu dirakam penduduk kawasan itu kini  menjadi  tular di media sosial. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.