Ibu Kongsi Detik Cemas, Wang Tinggal RM150 Di Lombok

KUALA LUMPUR — Seorang warga Malaysia menceritakan detik cemas hampir seminggu terkandas di Lombok, Indonesia.

Shazreena Shafie, 28, berkata penerbangannya ke Malaysia dijadual hari ini selepas dua kali tertunda sejak Ahad lalu.

“Kami sepatutnya balik ke Malaysia pada 26 November lalu tetapi penerbangan kami ditunda kepada 28 November sebelum ditunda kepada 1 Disember.

“Memandangkan baki di tangan cuma ada Rp500,000 [RM151] waktu itu, kami tiada pilihan mengeluarkan sedikit duit dengan menggunakan tunai kad kredit untuk meneruskan kehidupan.

“Dengan Rp2,000,000 (RM604.55) itulah kami bertahan sejak lima hari lalu sampai sekarang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Ibu seorang anak itu terkandas akibat letusan Gunung Agung di Bali yang turut menyebabkan penerbangan ke kawasan itu dibatalkan.

Shazreena berkata kehidupan mereka ibarat pelarian kerana perlu berpindah randah mencari hotel lebih murah.

“Kami tiada pilihan hanya menginap di hotel murah memandangkan harga hotel tiba-tiba naik mendadak hingga dua kali ganda,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.