Daesh Sebar Video Kanak-kanak Penggal Kepala Lelaki Dipercayai Perisik

Kumpulan militan Daesh telah menerbitkan video kejam yang memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak, yang berusia dalam lingkungan 10 tahun telah memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan perisik.

Kanak-kanak itu merupakan sebahagian daripada upacara pelaksanaan hukuman yang dijalankan ke atas perisik. Video itu juga sebagai amaran kepada mereka yang menjadi perisik.

Lelaki yang dibunuh itu, telah diikat terlebih dahulu dengan rantai di pokok selepas dia mengaku perisik.

Tidak lama kemudian dua remaja telah memotong kedua-dua tangan lelaki itu dengan pedang sebelum kanak-kanak tadi memenggal kepala mangsa.

Lelaki itu dikatakan perisik Amerika Syarikat dan kanak-kanak malang berkenaan pula merupakan anak yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban dalam serangan udara.

Dia ditangkap ketika menyalurkan maklumat kepada tentera Pakistan dan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Video berdurasi lapan minit itu diterbitkan oleh Daesh di Wilayah Khorasan, iaitu kawasan yang berhampiran sempadan Afghanistan dan Pakistan.

Video itu diakhiri dengan lelaki terbabit ditarik masuk ke dalam hutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.