Banjir Mula Melanda Gua Musang

GUA MUSANG – Jajahan Gua Musang menjadi kawasan terbaharu di negeri ini dilanda banjir bermula malam tadi.

Hujan berterusan di beberapa kawasan di Gua Musang sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah sudah mula digenangi air.

Kawasan yang terjejas ialah di Kampung Jeram Tekoh, Kampung Limau Kasturi, Bandar Lama, Kampung Kerinting, Kampung Lembaga, Kampung Kundur, Kampung Tiong, Tanah Putih, Kampung Kolam Mas, Batu Papan, Sungai Chindai, Kampung Batu 1 dan Kampung Batu 2, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, sebanyak 13 keluarga membabitkan 58 orang di Kampung Jeram Tekoh telah berpindah ke pusat pemindahan.

“Bagaimanapun, air sudah mulai surut di beberapa kawasan bermula awal pagi ini. Penduduk harus bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir secara mengejut kerana hujan masih lagi turun.

“Selain itu paras Sungai Galas di Limau Kasturi dan Sungai Galas di Kampung Lembaga menunjukkan paras bahaya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.