Azmin Ali Mahu Rasmi Jalan Pintas Rawang Yang Telah Dirasmikan Menteri?

Jalan Pintas Rawang-Serendah (ByPass Rawang) telah dibuka kepada orang ramai mulai semalam. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa lepas.

Pembinaan jalan berkenaan bukan sahaja membolehkan 30,000 kenderaan melalui dua kawasan itu setiap hari, malah ia merupakan projek mesra alam yang dibanggakan.

Laluan alternatif yang dibina dengan kos RM628 juta itu adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya. Ia turut mempunyai panorama indah bandar Rawang

Namun peliknya, selepas dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, kini Azmin Ali akan merasmikan sekali lagi.

Majlis perasmian oleh Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu akan diadakan pada Rabu ini, pukul 9 pagi.

Langkah yang diambil Azmin ini menunjukkan beliau seolah-olah mahu  mahu menumpang populariti dan mengambil nama sempena pembinaan jalan pintas berkenaan.

Jika ikut logik, kenapa perlu ada majlis perasmian sebanyak dua kali.

Lagipun projek itu projek kerajaan persekutuan, jadi sudah cukup menteri sahaja yang merasmikannya.

Kenapa perlu membazir duit untuk mengadakannya sebanyak dua kali. Mungkin sebab penangan pilihan raya umum yang semakin hampir, maka sibuklah mahu menaikkan nama’.

Sedangkan banyak isu lain di Selangor yang masih belum selesai. Baru-baru ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan sehingga kini terdapat lebih 6,000 rumah urut yang menawarkan khidmat seks sedang beroperasi di sekitar Selangor.

Semua rumah urut ini, katanya perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi mereka.

Sepatutnya Azmin melihat kepada masalah-masalah dalam negeri sendiri, daripada sibuk mahu menumpang nama projek-projek gah kerajaan.

Jalan pintas Rawang ini mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.

One thought on “Azmin Ali Mahu Rasmi Jalan Pintas Rawang Yang Telah Dirasmikan Menteri?

  • December 2, 2017 at 9:41 am
    Permalink

    Kenapa bengap sangat….???? Dia punya duit la bina jambatan tu……..!!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.