Arab Saudi Berjaya Pintas Peluru Berpandu Syiah Houthi

RIYADH – Tentera Arab Saudi berjaya memintas misil balistik yang didakwa dilancarkan dari Yaman, semalam.

Agensi berita Saudi memetik jurucakap tentera perikatan Arab Saudi, Kolonel Turki al-Maliki yang mengatakan misil tersebut disasarkan ke arah bandar Khamis Mushait.

Kata jurucakap, misil tersebut berjaya dimusnahkan tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, agensi pro-Houthi, SABA di Yaman mengatakan misil tersebut adalah sebahagian dari ujian pelancaran pemberontak Houthi.

Beberapa minggu lalu, Arab Saudi memintas sebuah misil balistik yang dilaporkan disasarkan ke arah sebuah lapangan antarabangsa di Riyadh.

Pemberontak Houthi yang merupakan militia berpaksikan Syiah masih berperang dengan kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi dan sekutunya pula menuduh Iran menyokong dan memberi dana dan bantuan ketenteraan kepada pihak pemberontak. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.