1,200 Polis Akan Ditugaskan Pada PAU 2017

Seramai 1,200 anggota polis akan ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada minggu depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya akan menempatkan anggota di tempat yang strategik bagi memastikan perhimpunan berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan dan fokus kita memang aspek keselamatan…selepas lawatan ini ada tempat yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan persiapan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengiringi Mazlan meninjau persiapan akhir perhimpunan berkenaan.

Seramai 5,739 perwakilan dijadual menghadiri perhimpunan agung lima hari itu bermula 5 Dis.

– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.