Video : Tidak Tahu Nama Disebut Calon Ketua Pemuda – Jamawi

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar mengakui tidak tahu namanya disebut-sebut bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan akan datang.

 

Beliau berkata, kemungkin besar ada kesilapan apabila ada ahli sayap itu membayangkan namanya untuk mengisi jawatan tersebut.

“Tersilap kot. Ada ke nama saya. Pemilihan UMNO lama lagi. Kita akan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, mungkin 2017, ataupun awal 2018. Jadi tumpuan kita adalah menghadapi persediaan pilihan raya. Jadi tentang pemilihan parti ini kita tinggalkan dahulu.

 

“Khairy meninggalkan meletakkan aras (KPI) yang cukup tinggi. Bukan mudah orang yang akan menyambung tugas beliau kerana (KPI) beliau (Khairy) cukup tinggi. Jadi siapa yang memikul tanggungjawab selepas beliau harus bukan sahaja bersedia dari segi idea-idea baharu tetapi harus mempunyai semangat dan iltizam yang cukup tinggi dan kuat untuk bersama dengan ahli-ahli UMNO serta pergerakan pemuda UMNO peringkat bawahan.

 

“Jadi ini cabaran kepada mereka-mereka yang ingin menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,”katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) di sini hari ini.

 

Bagaimanapun katanya, beliau merasakan Khairy masih diperlukan dalam pergerakan Pemuda UMNO.

 

Terdahulu, ini merupakan penggal terakhir kepada Khairy dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua sayap parti itu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.