Video : Terima Kasih Khairy Jamaluddin – Pemuda

KUALA LUMPUR – Sumbangan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, amat besar kepada sayap parti itu.

 

Exco Pemuda Bukit Bintang, Muhammad Zhafirin Mat Yusof berkata, pemuda hari ini akan meneruskan pendekatan dan cara yang dibawa oleh Khairy sebelum ini.

 

“Banyak sumbangan yang dibuat oleh Khairy menerusi pelbagai aktiviti di peringkat bahagian bahkan kepada anak muda di Malaysia melalui parti UMNO.

 

“Saya yakin dan percaya segala apa sumbangan yang dibuat kepada pemuda dan belia negara akan diteruskan demi memperkukuhkan jentera parti,”katanya ditemui di perkarangan Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pemuda Bukit Bintang akan terus melaksanakan legasi yang dibawa oleh Khairy sekali gus terus memikat anak muda untuk menggerakkan sayap itu dari peringkat akar umbi parti.

 

Ditanya mengenai bayangan untuk menggantikan jawatan Ketua Pemuda, beliau berkata, ada ramai calon yang berkelayakan dalam sayap parti.-SuaraTV

 

 

 

VIDEO MENYUSUL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.