Video : ‘Lagi Diasak Lagi Muncul, Lupakan Mahathir’ – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli Umno tidak perlu lagi mengagungkan sebarang pemimpin yang sudah keluar daripada Umno.

 

“Kita tidak lagi perlu meng’hero’kan mana-mana tokoh yang tidak ada dalam gelanggang Umno.

 

“Memang menjadi tabiat dia lagi diasak, lagi dia akan muncul baik kita lupakan dia,”katanya pada sidang media di Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) di sini, hari ini.

 

 

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sehingga memberi ancaman kepada pentadbiran Umno-BN.

 

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, aura dimiliki Mahathir sudah dimiliki sejak dahulu lagi sehingga memecahkan ahli Umno kepada dua bahagian.

 

 

Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, jentera Umno perlu bangkit menghadapi empat cabaran utama menjelang PRU14.

 

Antaranya ialah fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang, selain pengundi muda, perpecahan dalaman dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Sementara itu, PKR Selangor menyifatkan Umno pada hari ini sangat lemah dan cuba memperlihatkan parti serta ahli-ahlinya kuat melalui penguasaan media dengan hanya masih menerajui Putrajaya.

 

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, sebab itu Umno cuma menggunakan isu kegagalan pembangkang bersatu secara maksimum bagi menutup kelemahan tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.