Video: Ku Li Tidak Kecil hati Dengan PM

KUALA LUMPUR – Veteren UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah menyatakan bahawa beliau tidak berkecil hati dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Hal ini ekoran daripada Najib menunjukkan gambar beliau ketika ucapannya sebentar tadi.

 

“Dia kata saya berkecil hati masa saya lawan Dr Mahathir, saya tidak berkecil hati, dia boleh pilih siapa pun.

 

“Cuma barangkali dia silap buat pilihan,” ujarnya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Persidangan UMNO 2016.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak berasa malu kerana tindakannya itu dilakukan bersebab dan demi untuk membawa perubahan.

 

“Saya tidak berasa malu kerana melawan kerana bersebab dan saya mahu membawa perubahan,” ujarnya. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.