Video: Hormat, Tapi Kami Akan Tentang Muhyiddin Habis-Habisan

 

 

KUALA LUMPUR – Walaupun masih menghormati dan mengenang jasa Muhyiddin Yassin sebagai bekas Timbalan Presiden mereka, Pemuda Umno Johor berikrar akan memberikan tentangan sengit kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

 

Ketua Pemuda Umno Johor Hahasrin Hashim berkata mereka bagaimanapun masih menyimpan rasa hormat terhadap Muhyiddin yang juga pernah menjadi Menteri Besar Johor.

 

“Kita masih anggap Muhyiddin berpengalaman dan berjasa. Kita akan terus sentiasa hormat apa yang beliau bawa kepada Bangsa Johor.

 

“Tapi bila tiba pilihan raya umum, bila jelas Muhyiddin bertanding lawan Umno dan BN kita Pemuda Umno akan pertahankan parti,” katanya.

 

“Kita akan beri lebih 100% komitmen walau di mana pun beliau bertanding,” katanya lagi ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU 2016) semalam.

 

 

 

 

Hahasrin berkata, memandangkan Presiden Umno Najib Razak sudah menyatakan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, Pemuda Umno Johor bersiap sedia untuk menggalas yang lebih besar demi parti.

 

“Kita akan pastikan Pemuda Umno Johor akan mainkan peranan lebih besar. Kita tak nak dilihat hanya pasang bendera dan poster,” katanya lagi.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.