Saya Bersedia Lawan Muhyiddin Di Pagoh

Kuala Lumpur – Exco Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor, Ismail Mohamed menegaskan Umno Bahagian akan memastikan kerusi parlimen  Pagoh akan teus dipertahankan dalam pilihanraya umum akan datang.

 

Ismail yang juga merupakan pemangku Ketua Umno bahagian Pagoh ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata pihaknya bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja.

 

“Saya tidak ada halangan (untuk) bertanding atau sesiapa pun (untuk menentang Muhyiddin dalam pilihanraya umum akan datang), sebagai (pemangku) Ketua Umno di Pagoh (mungkin) saya yang sepatutnya menempuh Muhyiddin.

 

“Saya penuh yakin Umno tidak akan mempunyai masalah kerana masyarakat (Pagoh) menyokong saya ditambah dengan jentera parti dan sokongan yang ada kita yakin boleh menang,” katanya ketika di temui di ruang legar PWTC.

 

Ismail turut mengulangi pendirian Umno Bahagian Pagoh yang menyokong kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.  “Kami menyatakan pendirian untuk bersama Presiden Umno manakala BN akan terus menguasai kerusi (parlimen) Pagoh.

 

“Gerak kerja pilihanraya Umno Pagoh telah digerakan (kerana) kami tak tunggu hingga PRU. Kami telah bergerak sejak pemecatan Muhyiddin dan yakin BN akan menang,” ujarnya pula.

 

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin telah keluar dari Umno dan bersama-sama Mahathir membentuk Parti Pribumi Bersatu -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.