Isteri Tolak Kereta, Suami Tolak ‘stroller’

SICHUAN – CHINA. Seorang wanita digelar ‘Wonder Woman’ selepas dirakam menolak keretanya yang kehabisan kuasa bateri sementara suaminya menolak kereta sorong bayi mereka.

 

Foto rakaman yang viral di laman media sosial China Weibo menunjukkan wanita berkenaan menolak kereta jenis hybridnya ke stesen cas berdekatan.

 

Beliau didakwa tidak bersetuju dengan cadangan suaminya yang mahu memanggil lori penarik kerana kos yang tinggi.

 

Kejadian berkenaan menyebabkan pelayar Weibo mengutuk tindakan si suami yang menolak ‘stroller’ dan bukannya kereta.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.