Doa Najib Di Akhir Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO 2016

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berdoa di akhir ucapan dasar pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, sebentar tadi.

 

“Ayuhlah kita berdoa, BismillahirRahmanirRahim, Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini, dan negara yang tercinta ini.

 

“Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta di persempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.

 

“Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup serta mati kami juga anak cucu kami.

 

“Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

 

“Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini.

 

“Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung,kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti. Amin Allahumma Amin!” – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.