Denda RM100 Ribu Jika Peniaga Naikkan Harga 1Kg Gula Melebihi RM2.84

PUTRAJAYA – Peniaga diberi amaran agar tidak menaikkan harga runcit gula sewenang-wenangnya atau berdepan dengan tindakan keras.

 

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, peniaga yang menjual gula melebihi harga ditetapkan, iaitu RM2.84 sekilogram, bakal dikenakan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

 

Beliau berkata, di bawah akta tersebut, peniaga yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu.

 

“Bagi syarikat pula denda tidak melebihi RM500,000. Gula merupakan barangan terkawal dan sebarang tindakan menaikkan harga komoditi itu sewenang-wenangnya salah di sisi undang-undang,” katanya.

 

Katanya, orang ramai boleh mengadu kepada KPDNKK melalui talian 1800 886 800 jika terdapat peniaga yang menjual gula melebihi harga ditetapkan kerajaan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.