PTPTN Hapus Hutang Mangsa Kren Tumbang Di Makkah

TANAH MERAH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi pelepasan baki hutang pembiayaan pendidikan berjumlah RM10,069.73 kepada Siti Nuroshlizan Zolkifli yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, pada 11 September lalu.

 

Pelepasan baki hutang sepenuhnya itu diberikan menerusi manfaat Skim Perlindungan Takaful Berkelompok Pembiayaan Pendidikan PTPTN.

 

Pengurus Besar Kanan PTPTN Negeri-Negeri, Tuan Din Tuan Mat, berkata arwah juga layak menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada warisnya.

 

“Keprihatinan PTPTN itu mampu membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga dan waris Allahyarhamah,” katanya ketika mengunjungi rumah arwah di sini, sebentar tadi.

 

Pada 11 September lalu, lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia dalam kejadian kren tumbang di Masjidharam, Makkah. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.