Arab Saudi Bina ‘Jeddah Tower’ Bangunan Tertinggi Di Dunia

PEMAJU Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan tertinggi di dunia berkata, ia berjaya mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan projek pecah rekod itu.

 

Mail Online melaporkan Kingdom Holding Co yang dipengerusikan oleh bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, sekutunya iaitu Jeddah Economic Company telah memperoleh perjanjian pembiayaan AS$2 bilion (RM8.51 bilion) dengan Alinma Investment di Arab Saudi bagi menyiapkan Jeddah Tower di negara itu.

 

Bangunan yang sebelum ini digelar sebagai ‘Kingdom Tower’ mempunyai 170 tingkat dengan ketinggian satu kilometer atau hampir 1,000 meter sekali gus melepasi Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini.

Jeddah Tower (kiri) yang dahulunya dikenali sebagai Kingdom Tower merupakan bangunan tertinggi di dunia apabila ia siap kelak, mengatasi Burj Khalifa yang memegang rekod itu ketika ini.

 

Kos untuk keseluruhan projek tersebut sebelum dianggarkan AS$1.2 bilion (RM5.1 bilion).

 

Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter.

 

Menurut satu kenyataan, Alinma Bank akan membiayai dana itu, yang akan diuruskan oleh Alinma Investment, manakala Jeddah Economic Company menjadi pemaju utama bagi projek berkenaan.

 

Ia berkata, dana AS$2.24 bilion (RM9.52 bilion) yang diperoleh menerusi pembiayaan berasaskan Syariah turut akan digunakan untuk membangunkan fasa pertama Bandar Ekonomi Jeddah, sebuah projek bandar di sekitar menara berkenaan di kawasan Obhur di utara Jeddah.

 

Tahun lalu, Alwaleed berkata, menara yang terdiri daripada pejabat, hotel dan kediaman itu dijangka siap pada 2018.  – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.