Zain Bangga Tayang Gambar Badan Sasanya

Petaling Jaya – Rungutan dan usikan Rozita Che Wan selaku isteri yang mengatakan diri beliau berisi badan membuatkan Zain Saidin sendiri bersemangat untuk mendapatkan badan tegap.

Malah selepas tiga bulan menjaga diet yang betul selain melakukan senaman, Zain kini berbangga kerana cita-citanya untuk menjadi daddy fit akhirnya tercapai.

Malah di laman Instagram, Zain sendiri dengan bangganya menayang gambar badan sasanya. Bagi Zain, sejak dulu lagi beliau selesa berbuat demikian apatah lagi pernah bergelar jurulatih kecergasan sebelum menceburi dunia lakonan.Rungutan dan usikan Rozita Che Wan selaku isteri yang mengatakan diri beliau berisi badan membuatkan Zain Saidin sendiri bersemangat untuk mendapatkan badan tegap.

Menerusi laman Instagramnya, Zain sendiri dengan bangganya menayang gambar badan sasanya. Bagi Zain, sejak dulu lagi beliau selesa berbuat demikian apatah lagi pernah bergelar jurulatih kecergasan sebelum menceburi dunia lakonan.

“Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.

“Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.

“Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran,” katanya

Zain turut memberitahu beliau juga akan memberi perhatian untuk mengadakan kelas kecergasan seperti mana yang pernah dilakukan Atilia, Sharifah Sakinah dan Shiha Mentor tidak lama lagi.

“Tapi itu tidak bererti lakonan saya akan letakkan noktah. Ia sebagai jaminan masa depan,” katanya.
sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.