Trend Terkini : Wanita Warnakan Bulu Ketiak

New York – Satu trend baru muncul di kalangan wanita iaitu mewarnakan bulu ketiak mereka dengan warna-warna terang, lapor rangkaian The STAR,/Asia news.

Cik Roxie Hunt, yang bekerja di saloon di Seattle, Amerika Syarikat, katanya dalam blog beliau bahawa dia sentiasa mahu warnakan bulu ketiak seseorang.

“Saya sentiasa mahu mewarnakan bulu ketiak seseorang.  Saya pernah melakukannya sekali tetapi ia adalah pada lewat malam dengan wain terlalu banyak dan tanpa peralatan yang betul.

“Saya bertanya rakan sekerja saya, Rain jika dia akan benarkan saya warnakan bulu ketiaknya biru supaya padan dengan warna rambutnya dan beliau bersetuju,” kata, Cik Hunt.

Dalam blog beliau bertajuk Offbeat Home and Life, beliau juga memberikan penjelasan terperinci tentang bagaimana proses warnakan bulu ketiak dilakukan.

Dalam Instagram, ramai wanita telah memaparkan gambar-gambar bulu ketiak mereka yang diwarnai, dengan menggunakan hashtag #dyedpits.

Terdapat juga video di YouTube yang menunjukkan bagaimana proses itu dilakukan.

Dalam Instagram, terdapat 63 wanita yang menggunakan hashtag mempamerkan bulu ketiak mereka yang berwarna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.