Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, penyerang itu sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, namun sekiranya dia ditangkap melakukan perkara tersebut sekali lagi tindakan tatatertib akan dikenakan.

“Safee sudah minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. Kami juga sudah mengeluarkan amaran lisan kepadanya, jika dia buat lagi perkara yang sama tindakan tatatertib akan dikenakan,” kata Hamidin di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE