Pistol, Peluru Dan Eramin 5 Ditemui Dalam Kereta

Jitra – Sepucuk pistol, 11 butir peluru dan 500 biji Eramin 5 ditemui di Bukit Kayu Hitam petang semalam.

Barangan itu ditemui daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan wanita Thailand di dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara-Selatan.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata mereka yang berumur antara 28 hingga 35 tahun dalam perjalanan dari Changlun menuju Thailand ditahan Unit Pencegah Penyeludupan semasa melakukan sekatan dan pemeriksaan rutin.

Beliau berkata lelaki Thailand itu mempunyai lesen memiliki senjata yang hanya sah di Thailand.

Pasangan Thai itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ketiga-tiga mereka positif Methamphetamine, katanya.

Zakaria berkata lelaki tempatan tersebut mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan mencuri serta satu kes yang disabitkan di Thailand. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.