Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola

SYDNEY: Seorang pemain kriket Australia, Philip Hughes tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba tiga hari lagi apabila meninggal dunia di Hospital St Vincent di sini.

Hughes disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas koma sejak petang Selasa akibat terkena bola yang dilontarkan skuad lawan dalam satu perlawanan kriket.


237B503C00000578-2850230-image-23_1417073536068

 

237B502D00000578-2850230-image-32_1417073917915

Dalam kejadian itu, bola yang dilontarkan Sean Abott terkena belakang kepala Hughes dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas padang.

238B0C6D00000578-2850230-image-83_1417067221872

Sean Abott

Hughes kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan berada dalam keadaan koma sebelum diumumkan telah meninggal dunia oleh badan Kriket Australia selepas.

Doktor pasukannya, Peter Brukner memberitahu pemberita, Hughes menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sempurna tanpa bertarung dengan kesakitan.

Ketua Pasukan Kriket Australia Michael Clarke yang mewakili keluarga mangsa telah menyampaikan ucapan dengan penuh hiba.

238B2C7B00000578-2850230-image-43_1417076172200

Keluarga Philip Hughes.

Dalam keadaan berani melihat kenyataan itu, Clarke berkata,”Kami pilu kerana kehilangan orang yang dicintai iaitu Philip.

“Sejak beberapa hari lalu kami mengharungi hari yang mencabar hati. Kami juga berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain, badan Kriket Australia dan orang ramai.

“Kriket merupakan hidup Philip dan sebagai keluarga kami sentiasa kongsikan sayangnya terhadap kriket bersama-sama.”


238B261100000578-2850230-image-7_1417072997804

 

238B26B500000578-2850230-image-9_1417073027516

Michael Clarke hiba ketika membaca kenyataan keluarga Hughes.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.