Loco Minta Maaf, Selit Azan Dalam Lagu

Korea – Penyanyi Hip Hop popular kelahiran Korea, Loco memohon maaf secara terbuka menerusi laman sosial Twitterya ekoran isu dia didakwa memperlekehkan Islam dan tidak sensitif apabila menyelitkan audio laungan Azan dalam lagunya berjudul Act Serious.

Pada 28 November, Loco melancarkan album barunya berjudul Lokomotif. Dalam album tersebut memuatkan sebuah lagu, Act Serious yang mendapat perhatian masyarakat Islam. Ini kerana pemulaan (intro) lagu tersebut kedengaran suara laungan Azan sekaligus telah menyinggung dan menimbulkan kemarahan ramai peminat Islam.

Sejurus itu Loco menerima banyak komen negatif dan kecaman daripada peminat Islam bahkan dikalangan peminat bukan Islam kerana memperlekehkan agama Islam.

Beberapa jam kemudian Loco kemudiannya menulis permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter terutaama kepada peminat-peminatnya yang beragama dengan menyatakan bahawa dia tidak mengetahui apa yang dimaksudkan laungan azan itu dan dia berjanji akan mengeluarkannya audio tersebut dengan segera.

..

Sebilangan peminat menerima permintaan maafnya kerana Loco telah mengakui kesalahannya. Sementara itu, sebilangan lag peminat berharap penyanyi kesayangan mereka itu seharusnya lebih peka tentang maksud suara azan sebelum sewenang-wenangnya menyelitkan laungan itu di dalam lagunya.

Berikut petikan lagu Loco berjudul Act Serious yang menyelitkan launga azan sekaligus mencetuskan kontroversi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.