#KeeperKatMana Popular Selepas Harimau Malaya Menang

Kuala Lumpur – Kemenangan pasukan bola sepak negara ke atas Singapura semalam dengan jaringan 3 gol berbalas 1 mendapat pelbagai reaksi menarik, tidak kurang juga mencuit hati, di media sosial.

Hashtag #KeeperKatMana menjadi trending di garis masa Twitter susulan gol ketiga negara di minit-minit akhir perlawanan.

Kata-kata yang dicedok daripada populariti lagu pop “Awak Kat Mana” dendangan penyanyi Singapura, Taufik Batisah itu ekoran insiden bolos gawang Singapura yang terbuka luas tanpa dikawal penjaga gol skuad republik tersebut.

Rata-rata kegembiraan rakyat Malaysia begitu ketara dizahirkan bagi meraikan kejayaan anak-anak buah jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh yang mempamerkan aksi cemerlang di Stadium Nasional, Kallang.

Para peminat bola sepak tanah air menyampaikan rasa terima kasih, ucapan tahniah dan memanipulasi pelbagai gambar untuk menggambarkan keterujaan mereka terhadap kemenangan tersebut disertaihashtag#HarimauMalaya dan #AFFSuzukiCup.

Nama penyerang Safee Sali juga menaiki carta trending di Twitter, malah lebih popular berbanding kata kunci  ‘Akta Hasutan’.

Insiden ‘kehilangan’ penjaga gol Singapura di gawang ketika jaringan gol ketiga oleh pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin pada minit keempat waktu kecederaan turut mencetuskan pelbagai reaksi lucu.

Skuad Harimau Malaya bakal meneruskan cabaran AFF Suzuki dalam pertemuan menentang juara Kumpulan A, Vietnam di gelanggang separuh akhir pada 7 Disember di Shah Alam dan 11 Disember di Hanoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.