David Beckham Dan Brooklyn Kemalangan

London – Lagenda bola sepak England, David Beckham terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas mengambil anaknya, Brookly di pusat latihan Arsenal pada pagi Sabtu.
Dalam kemalangan berhampiran pusat latihan tersebut, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan, tetapi kereta yang dipandu bekas pemain Manchester United itu mengalami kerosakan teruk.
Sebelum kejadian, Beckham, 39, menyaksikan anak sulungnya, Brooklyn, 15, mewakili skuad bawah 16 tahun Arsenal menentang Brington di London Colney, Hertfordshire.
Kejadian itu dilapor telah disaksikan oleh seorang pekerja pusat latihan akademi Arsenal.
Saksi itu memberitahu, Beckham dan anaknya tidak mengalami kecederaan walaupun kelihatan terkejut, malah dia juga tidak bertengkar dengan pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu sebaliknya mereka bersalaman dan pulang.
Beckham pulang dengan kereta lain bersama anaknya dan tidak pasti sama ada mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.