Adun Bangi Minta Kerajaan Negeri Bina Masjid Konsep Seni Bina China

Shah Alam – Kerajaan Selangor diminta menyediakan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya China pertama di negeri ini.

Menurut Adun Bangi (Pas), Mohd Shafie Ngah berkata, cadangan pembinaan itu adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim China Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya China.

“Ia juga perlu bagi mengelak salah faham pihak tertentu bahawa Islam itu bagi kaum Melayu sahaja,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang Dun Selangor itu.

Mohd Shafie berkata, negeri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan telah pun mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya China dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyarakat China Muslim di negeri ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.