‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ Perhargaan buat peminat ‘Wings’

- Advertisement -

Bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor sekali lagi bakal digegarkan dengan sebuah band muzik rock yang akan membuat persembahan di sana, ‘Wings; satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi akan membuat konsert yang berjudul ‘Wings The Rock Emperor Chapter’ pada 16 Disember 2023.

Kini Wings sekali lagi melebarkan sayap dengan membina empayar dan pengaruh seakan tiada titik noktah, maka tidak hairanlah mengapa ‘Wings’ terus mendapat sokongan daripada ribuan peminat yang sentiasa dahagakan muzik mereka.

Baru sahaja menguasai pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu, kini ‘Wings’ pulang ke Malaysia dengan kemenangan dan bakal mengegarkan pentas dengan sorakan peminat yang menantikan perarakan kemenangan mereka disini.

‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ yang di anjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik, konsert ‘Wings’ pastinya akan mempunyai kelainan daripada konsert-konsert sebelum ini.

Barisan ‘Wings’ Dato Awie (vokal), Edrie (gitar), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) sentiasa akan memberi kepuasan dan persembahan yang bertenaga kepada peminat yang menyokong mereka tanpa berbelah bahagi, maka tidak hairan lah jika konsert pada kali ini senarai lagu diserahkan kepada peminat mereka untuk membuat pilihan.

Bagi kumpulan ‘Wings’ peminat adalah segala galanya, demi peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada ‘Wings’ dan menjadikan sebagai ianya satu ‘jenama’,  maka menariknya kali ini adalah konsert ‘Wings’ yang akan memberikan harga rendah berbanding siri konsert sebelumnya.

Persiapan pementasan kali pasti akan lebih menarik dan menyaksikan pelbagai persediaan yang akan membuat peminat terkasima, permainan cahaya, eleman pentas, paparan video, kostum yang menarik dan perjalanan seluruh konsert keseluruhanya..

Inilah keistimewaan ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dimana mereka tidak mahu menghidangkan konsep yang sama yang kerap diulang-ulang dalam sesebuah konsert yang mereka anjurkan, apatah lagi dilihat bagai sama dengan resepi lama.

Justeru, mengusahakan sesuatu yang berbeza dan tidak pernah ditonton adalah menjadi intipati yang akan diterjemahkan oleh setiap individu yang menggalas jenama Wings. Konsert ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ turut mendapat sokongan Sinar FM(Radio Rasmi), ERA Fm dan Gegar FM (Support Radio Official) serta kerjasama daripada True Pixel dan Sayap Sayap Wings.

Peminat yang ingin berkongsi frasa dasawarsa ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ boleh mendapatkan tiket konsert yang berharga M95 – CAT 5 Free seating, RM135 – CAT 4 Free seating, RM175 – CAT 3 Free seating, RM155 – CAT 2 Free seating, RM205 – CAT 1 Free seating

RM125 – Rockzone Free standing, RM355 – Rock Gold numbered seat, RM335 – Rock Silver numbered seat, RM455 – Rock Emperor numbered seat. Pembelian boleh di buat dengan melayari

https://wings.ubertickets.asia.

** Harga tiket OKU bagi kategori Rock Gold dan Rockzone sahaja

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat